Saturday 31 December 2011

kenangan tahun 2011

kali nie entri pasal diri aku ye.,
sekali sekale xpe kan,.

banyak sweet memory yang berlaku tahun 2011 nie.,
dan banyak juga sad memory yang ade.,

SWEET MEMORY
1. Sementara aku tunggu result SPM aku, aku amik kelas intensif english kat stamford college. im happy to study there why, cause i get new friend that was the coolest friends i ever had. piky,Nuh,faiz,azri,daniel,fatty hazimi. but now, they all have their own life. we all take part in futsal competition and we won 1st place and im proud with my friends.
2. Parents aku knew that my late grandfather have tinggal kan beberapa hektar tanah. so daripada tanah tu dibiarkan kosong parent aku bina lah rumah di atas tanah tu, dan alhamdulillah rumah tu siap tahun nie jugak without problem.
Inilah design rumah aku.,tapi nie yg separuh siap.gmbr yg dh siap xdew lg

3. Last sekali aku dapat tawaran further study kat kuantan,Pahang(University College Shahputra). That is the best thing I got it in my life. banyak kawan baru,lecturer can i say good lah.tak de la annoying sangat.
4. Last sekali.,nie yang paling last. I LOVE MY PARENT SO MUCH <3

BAD MEMORY
1. No Comment
2. Rahsia
3. Shuuuuihh
4. No need to tell :p

That all la aku punya entri kali nie
harap azam tahun 2012 akan termakbul dan lebih baik lagi
#thanx supporter

Thursday 29 December 2011

Budaya Planking Dah Menular Di Malaysia

Planking? apakah itu? mungkin ramai dia antara kita yang masih tidak mengetahui apakah aktiviti planking bukan? mengikut sumber planking ni ialah satu aktiviti di mana pelaku terbabit akan melungkupkan muka dan badan secara berbaring secara meniarap dengan tangan tersisir rapi di sisi badannya. Dengan kata lain orang baring straight ke lantai..haa~

Kebiasaannya ada seorang photographer yang akan mengambil gambar diorang iaitu terdiri daripada sahabatnya sendiri. Mungkin tak lama lagi aktiviti ini menjadi trend anak muda sekarang..siapa tahu? nak tahu lebih lanjut jom kita tengok gambar di bawah..






ini pulak planking di Malaysia oleh Planking Malaysia Extreme




kalau yang nie memang dah parah,,,



pikir-pikir lah sebelum buat.,trend nie tak baik sebenarnya.,bagi yang suka planking nie teruskan usaha anda
#thanx supporter <3



Friday 23 December 2011

Hebat!!badan jejaka dan awek selepas turunkan berat badan












hebat gile dieorang nie semua.
#thanx suppoter







Kenapa orang islam sembah kaabah





"Kenapa orang Islam sembah bangunan kain hitam tu?"

"Oh.... itu Kaabah atau nama lainnya Baitullah"

"Baitullah tu apa?" ...

"Secara terjemahan mudah maknanya Rumah Allah"

"Allah ada dalam tu?"

"Tak....."

"Jadi, kenapa sembah bangunan tu kalau Allah tak ada dalam tu?"

"Yang saya sembah bukannya bangunan tu.."

"Kamu sembah apa?"

"Saya sembah Allah swt"

"Jadi, kenapa sembah bangunan tu?"

"Saya MENGHADAP sahaja ke arah Kaabah tetapi saya tak sembah Kaabah.."

"Bukankah kamu sujud ke arah Kaabah, maknanya kamu sembah Kaabah la.."

"Kamu pernah tgk perlawanan bola dalam TV?"

"Pernah...... selalu.."

"Kamu tengok tv ke tengok perlawanan bola?"

"Tengok perlawanan bola la.."

"Di mana?"

"Dalam tv la.."

"Cuba buka tv tu, tengok di dalamnya ada stadium dan perlawanan bola ke tak.."

"Memanglah tak ada.. tapi itukan gambarnya ada.."

"Bukalah dalam tv, tengok ada ke tak gambar perlawanan bola dalam tu.."

"So..?"

"Maknanya kamu tengok tv, bukan perlawanan bola.. betul tak?"

"Tak.. aku tengok perlawanan bola la melaui tv tu.."

"Peliknya.."

"Sebab apa pulak pelik?"

"Ye la, kau cakap tengok perlawanan bola, sedangkan aku tengok dalam tv tu tak ada apa-apa.. yg ada hanya wayar je berselirat.."

"Memanglah dalam tv tu ada banyak wayar, tapi tv tu menayangkan gambar-gambar perlawanan bola dalamnya.."

"Hurm.. jadi tak peliklah ni..?"

"Ya.. tak pelik.."

"Jadi tak pelik jugalah aku sujud ke arah Kaabah untuk menyembah Allah swt. walau pun dalam Kaabah tak ada Allah.."

Wednesday 21 December 2011

Cerita paling misteri di Blog!!



Amer berumur 15 adalah seorang anak yang pendiam. Dia sungguh misteri. Bapanya seorang pesara tentera, kini memulakan perniagaan kecil-kecilan, manakala ibunya telah pun meninggal dunia sejak dia berumur 8 tahun. Tinggal lah Amer dan bapanya berdua. Bapanya seorang yang amat tegas dan mengharapkan Amer berjaya didalam pelajaran.


Setelah bertungkus lumus belajar akhirnya Amer mendapat kesemua A dalam setiap mata pelajarannya ketika menduduki peperiksaan SPM. Suatu petang bapanya memanggil Amer. "Bapak bangga dengan pencapaian engkau, Amer, apa kau nak sebagai hadiah kerana cemerlang didalam PMR? Basikal?" Amer hanya membalas "Saya hanya nakkan 2 biji bola ping pong aje bapak." Bapaknya hairan. Tapi dia tetap menunaikan hajat anaknya. Dia lantas membelikan anaknya 2 biji bola pingpong.


Masa kian berlalu, kini Amer mendapat kejayaan didalam SPM, dia mendapat 10A dan diterima dijurusan kejuruteraan mekanikal disebuah university terkemuka di Malaysia. Bapanya bangga dan bertanyakan apakah hadiah yang Amer mahukan. Amer masih tetap mahukan 2 biji ping pong. Bapanya bertambah hairan, namun dia tetap membelikan Amer 2 biji bola ping pong.


Semasa di university, Amer terus berjaya dan berjaya dan dia telah mendapat award sebagai pelajar terbaik di Universitinya. Kejayaan demi kejayaan yang diterimanya dia masih tetap mahukan 2 biji bola pingpong dari bapanya. Bapanya terfikir yang dia mempunyai anak yang kurang centre, tetapi masih berbangga. Akhirnya dia telah diterima bekerja di salah sebuah syarikat engineering yang terbesar di Malaysia yang bertaraf international. Bapa Amer makin gembira lantas dia masih bertanyakan apa yang Amer hendak. Amer masih tetap mahukan bola ping pong.


"Kau ni, asik2 bola pingpong! Sudah!! Perniagaan bapak makin maju dan bapak adiahkan kau sebuah Kereta Mercedes SLK Compressor" Namun, Amer tetap gembira dengan pemberian bapanya tanpa banyak soal. Pada hari dia mendapat kereta tersebut, dia keluar untuk men'test' keretanya. Namun, apalah malang


Amer, dia mendapat kemalangan yang teruk di Highway KM 1.24 dan dimasukkan ke ICU. Bapa Amer amat terperanjat dengan kemalangan tersebut.


Semasa di ICU, bapanya menjaga Amer dengan penuh kasih sayang. Tetapi nampaknya Amer tadak harapan nak sembuh, lalu Amer mengeluarkan kesemua bola ping pongnya dan menyerahkan pada bapanya. "Bapak... ameklah bola ping pong yang saya simpan ni...." kata Amer kesakitan. "Amer, selama ni ko asik mintak bola ping pong aje, ape ke paedahnya" kata bapaknya


"Sebenarnya ada misteri disebalik bola ping pong ini..." kata Amer. "Apa dia" tanya bapa Amer.


Tetapi belum sempat Amer memberitahu misterinya, Amer menghembuskan nafasnya yang terakhir...




Bapa Amer menjadi separuh gila mengenangkan misteri anaknya.




Apakah misteriya? nak tau?




Ianya tetap misteri kerana tajuk cerita ini adalah "Cerita Paling Misteri" dan akan menjadi misteri buat selamanya.

Tuesday 20 December 2011

Lisa Surihani Cium Mulut


Lisa Surihani cium mulut Mia Sara rupanya.  Kanak-kanak yang comel yang selalu digandingkan dengan Lisa Surihani.  Mia Sara yang popular dengan rancangan AdaMaya dan sedang meningkat naik nama nya di dalam industri hiburan.

korang jangan pikir lain ye,.
#thanx supporter <3

Seorang ibu pengsan di China tanpa dibantu


China memang terkenal dengan sikap tidak peduli akan masyarakat-nya.  Walaupun negara mereka maju tetapi sikap mereka tidak menunjukan mereka maju.  Sebelum ini heboh dengan berita budak kecil yang digilis oleh 2 kenderaan dan masyarakat sekelilingnya hanya mampu untuk melihat tanpa berasa prihatin kepada budak kecil yang dalam kesakitan itu.  Tetapi budak kecil itu meninggal di hospital akibat kecederaan parah di kepala.


Baru-baru ini pula seorang ibu muda pengsan di jalanan Kota Xi'an.  Malah, masyarakat sekeliling hanya mampu melihat tanpa mengendahkan anaknya yang sedang menangis di samping ibu nya.  Ternyata sikap di negeri China lebih teruk daripada negara-negara lain.  Kita bersyukur kerana tinggal di negara Malaysia yang aman dan damai ini.  

#thanx supporter <3

Monday 19 December 2011

5 syarat dibenarkan membuat maksiat









Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata, “Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat.”


Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata, “Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka bolehlah kamu melakukan maksiat.”






Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya, “Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?”


Ibrahim bin Adham berkata, “Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekinya.”


Mendengar itu dia mengenyitkan kening seraya berkata, “Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah?”


“Ya!” tegas Ibrahim bin Adham. “Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar laranganNya?”


“Yang kedua,” kata Ibrahim, “Kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumiNya!”


Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati.


Ibrahim kembali berkata kepadanya, “Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezekiNya dan tinggal di bumiNya, sedangkan kamu melanggar segala laranganNya?”


“Ya! Anda benar.” kata lelaki itu.


Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab, “Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat olehNya!”


Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, “Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?”


“Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?” kata Ibrahim.


Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat. Ibrahim melanjutkan, “Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya; Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh.”


Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar, “Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?”


“Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?”


“Baiklah, apa syarat yang kelima?”


Ibrahim pun menjawab, “Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya.”


Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, “Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya.”


Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. “Mulai saat ini aku bertaubat kepada Allah.” katanya sambil terisak-isak.




#thanx supporter <3

Sebab Malaikat Rahmat Tidak Masuk Rumah


‎Malaikat diciptakan oleh Allah terbuat dari cahaya (nur), berdasarkan salah satu hadis Rasulullah, Malaikat telah diciptakan dari cahaya. Beriman kepada malaikat adalah sebahagian dari Rukun Iman. Mereka menyembah Allah dan selalu taat kepada-Nya, mereka tidak pernah berdosa. Tak seorang pun mengetahui jumlah pasti malaikat, hanya Allah saja yang mengetahui jumlahnya. Malaikat Rahmat ditugaskan Penyebar keberkatan, rahmat, permohonan ampun dan pembawa roh orang-orang soleh dan solehah.


22 Sebab Malaikat Rahmat tidak akan memasuki rumah anda:

1-Rumah orang yang memutuskan hubungan Silatul Rahim.

2-Rumah orang yang memakan harta anak yatim secara haram.

3-Rumah yang memelihara anjing.

4-Rumah yang banyak menyimpan gambar yang mencerca Para Sahabat Nabi, orang yang telah mati dan sebagainya.

5-Rumah yang mengumandangkan nyanyian yang memuja selain daripada Allah SWT.

6- Rumah yang sering meninggikan suara.

7- Rumah yang didiami mereka yang syirik kepada Allah SWT seperti tukang tilik, ahli syihir dan nujum.

8-Rumah yang menggunakan perhiasan daripada emas seperti pinggan dan mangkuk daripada emas.

9- Rumah yang makan makanan yang berbau seperti bauan rokok, perokok, penagih dadah .

10- Rumah yang didiami mereka yang sentiasa bergelombang dengan maksiat.

11- Rumah yang didiami mereka yang melakukan dosa-dosa besar.

12-Rumah yang didiami mereka yang derhaka kepada kedua ibu bapa.

13- Rumah pemakan riba,intres.

14-Rumah yang mengamalkan budaya syaitan seperti kumpulan rock.

15- Rumah yang memiliki patung-patung.

16-Rumah yang memiliki loceng seperti loceng gereja.

17- Rumah yang didiami peminum arak.

18- Rumah yang mempercayai tukang tilik.

19- Rumah yang didiami mereka yang mendapat laknat Allah SWT, pemakan rasuah, pemberi rasuah dan mereka yang mengubah kejadian Allah SWT seperti wanita yang mencukur bulu kening, wanita yang memakai gelang atau rantai di kaki.

20- Rumah yang didiami mereka yang berhadas besar tanpa mandi Janabah/Junub.

21- Rumah yang melakukan pembaziran ( berhias dengan berlebihan ).

22- Rumah yang melakukan maksiat di dalamnya.




#Thanx supporter <3

serupa tapi tak sama










#Thanx supporter





Sunday 18 December 2011

bahagian lelaki yang wanita suka lihat

Kita biasa melihat selebriti lelaki terkantoi melihat bahagian-bahagian wanita,
kali ini kita boleh melihat bahagian-bahagian lelaki yang yang wanita suka.

Video ini telah dibuat di New York oleh sekumpulan ahli kaji.




Sedarlah wanita yang bergelar islam

Saya bukan lah seorang ustaz untuk memberi nasihat,
tapi saya bersyukur jika wanita Malaysia ini mampu
mengubah diri mereka kearah kebaikan,
saya yakin kempen blog mampu mengubah wanita-wanita
di malaysia.

"Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu &dan pakaian indah untuk perhiasan.  Dan pakaian takwa itulah yang paling baik"(7:26)


Legging Bukan Sejenis Seluar


Dalam islam wanita tidak boleh berpkaian
ketat

Baju kurung yg jarang 



Allah Ta’ala hanya menerima amalan hamba-Nya yang benar-benar ikhlas terhadap-Nya. Amalan yang dilakukan itu pula sekiranya merupakan ibadat khusus seperti sembahyang, puasa dan sebagainya hendaklah menepati rukun dan syarat serta kaifiat yang telah ditetapkan oleh syariat berdasarkan ilmu yang benar dan bukan ikut-ikutan secara membuta-tuli. Ibadat yang dilakukan dengan penuh rasa kehambaan kepada Allah akan memberi kesan kepada jiwa pengamalnya sehingga melahirkan ketaatan dan akhlak yang baik seperti memelihara aurat, beradab sopan, menjauhi kemaksiatan dan sebagainya.

Rambut merupakan aurat yang WAJIB ditutup oleh wanita apabila berada di hadapan lelaki ajnabi. Oleh itu, mendedahkannya adalah berdosa dan merupakan suatu kemaksiatan yang akan dibalas dengan siksaan yang pedih di akhirat kelak sekiranya dia tidak sempat bertaubat. Dia akan tetap menanggung dosa itu selagi tidak bertaubat daripada perbuatan itu walaupun dia bersembahyang lima waktu dan melakukan ibadat yang lain.

Renung-renungkan dan selamat beramal
#thanx supporter