Wednesday 5 September 2012

Facebook

Assalamualaikum semua yg bergelar islam. Hari nie aku nak bagi pendpat tentang adanya Facebook nie. Aku dah layan Fb nie sejak dari form 4 kalau tak silap aku, sekarang nie aku dah 19 tahun, mknanya dah 3 tahun aku main Fb nie. Aku memang akui yg aku nie addict main dengan Fb nie, wlaupun aku try tahan supaya tak nak layan Fb nie tapi aku tak tertahan juga. Kalau takda wifi aku main guna phone, sanggup beli topup banyak2 semata2 nak main Fb nie. Aku sendiri pun tak taw ape fucntion aku main Fb tu, aku log in Fb then like status orang yg aku tak kenal, scroll atas bawah( tengok status ) lepas tu log out.

Main Fb nie pun aku rasa banyak buruk dari baiknya. Salah satu nya, dari kawan jadi lwan, dari baik jadi jahat, keyboard warrior. Sebab nya bila diorang post satu statement pasal diri sendiri, diorang mesti menggunakan ayat yg agak kurang ajar yg menyakitkan mata friends diorang. Bagi budak2 yg masih mentah lagi, diorang pun dah mula terjebak dengan Fb nie. Contoh tak jauh adik sedara aku, baru darjah 5 tapi dlam fb status "rindu awak la" "saya suka awak la" sebab tu aku tak bagi adik2 aku main fb. Cukup la aku je yg dah terdedah dengan Fb nie. Jadi, bagi yg selalu yg jadi keyboard warrior tu jgnlah warrior sgt kat fb je, dan banyakan amalan akhirat :)

Thanx supporter 

Sunday 2 September 2012

Tanggungjawab

Assalamualaikum semua yang bergelar islam. Hari nie aku nak beri la pendapat aku sebagai blogger nie. Masa aku jadi abang dlam keluarga aku sampai skunk nie, aku cebok berak adik aku,aku jaga adik aku,aku pkai pampers adik aku sampai la dia dah boleh kencing sendiri,berak sendiri,makan sendiri. satu benda je yang aku takot kalau dia dah meningkat remaja, dia terikot2 dengan kawan2 dia. sebab tu aku selalu berdoa dlam sembayang aku supaya keluarga aku dijauhkan dari maksiat. tapi doa aku lmbat smpai kot,bukan tak sampai tapi mesti diri aku ada buat silap sebab tu lmbat makbul sikit,maklum la kita bukan nabi yg sentiasa dimakbul kan, adik aku pun dah buat perangai macam aku dulu,tapi aku cepat sedar yg aku nie silap gak,mesti dia ikot perangai aku nie, kalau aku boleh reverse kan masa nie =,=''

Tapi benda dah jadi kan, aku boleh nasihat je, dia dah besar. dia je boleh tolong diri dia. walaupun aku bukan abang yg sempurna sangat. tapi aku sayang kan keluarga aku. aku baru jaga adik2 aku, ayah aku lagi la besar pengorbanan dia. nak jaga aku lagi kasi aku makan beri aku pakaian. semua yg aku nak semua dia bagi. ini kira latihan kecil yg aku baru buat nie. takot betul bila dah ada tanggungjawab nie. aku pun ayah kedua dlam keluarga. ak lari dari tanggungjawab. harap2 aku diberikan kekuatan dlam menempuh dugaan allah di dunia nie.

thanx Supporter :)



Active back

Assalamualaikum semua,sebenarnya aku dah lama tak tengok blog aku nie,.bukan setakat bersawang je,.bersepah macam kat hutan simpan tu,.daun kering berselerak je,.ah biarkan je la,.orang pun bukan ngusya aku punya blog lagikan,.aku bukan nya artis ke hape,.dah la tak handsome,gemuk pulak tu,memang tak la orang nk pandang,.tapi hati aku baik,.tu yg penting,pesanan ayah aku paling aku ingat sampai sekarang,.hati kena sentiasa jaga,lagi satu,.blog aku nie pun bukan aku anggap macam diary,nak tulis pasal kisah hidup aku,.aku memang ada diary sendiri yg private,.hanya aku dan allah je tahu,sebab diary yg sbnarnya hanya untuk aku kisahkan bila aku dah takda nnti,semua anak cucu cicit aku tahu kisah hidup aku macam mana.

aku nak cerita lebih pun aku tak tahu sangat nak cerita apa,sebab sekarang pukul 2.41 pagi. Dah pagi, tapi aku nie yang tak reti tidur. Idea nak bercerita pun tak da sangat, otak tak memikir apa2 skunk nie. Mungkin lepas nie aku aktif balik main blog kot. Bagi sape yang baca and support me,thanx yarw,.sekali anda buat baik, 3kali aku balas, ok Assalamualaikum semua


Thanx supporter :)

Sunday 15 January 2012

Cerita Ngeri Yang Menyeramkan




kawan aku hantar cerita ni tapi aku tak berape paham…cerita ini adalah kisah benar seperti yang diceritakan oleh mangsa kejadian ini kepada penulis. Cerita ni tak ada kena mengena dengan cerita kenapa aku tak suka makan sardin dan “sebab – sebab penjara pudu di tutup“.

Kisah ini berlaku di sebuah perkampungan kecil di Pahang pada tahun 1973. Ia nya diceritakan oleh Salleh kepada penulis untuk pedoman semua pembaca budiman.

Kisah berlaku di sebuah Pekan yang bernama Kampung Pulau Tawar, Jerantut . Seorang lelaki yang bernama Omar (nama sebenar dirahsiakan bagi menjaga nama baik keluarga tersebut). Omar adalah seorang bomoh di kampung tersebut. Beliau merupakan seorang bomoh yang agak disegani oleh kerana setiap kali apabila beliau mengubati setiap penyakit yang pelik , beliau akan berjaya.

Satu hari diwaktu senja ada seorang budak melalui rumah Omar budak itu adalah Salleh pencerita kisah ini. Salleh terdengar seseorang sedang bercakap dalam bahasa yang agak pelik dan tidak pernah didengarinya sebelum ini. Salleh cuba mengendap dari celah lubang dinding yang agak usang . Beliau melihat Omar bercakap mengadap sekeping cermin . Oleh kerana lubang tersebut agak kecil Salleh tidak nampak keseluruhan cermin tersebut. Salleh cuba mencari lubang yang agak besar.

Akhir nya dia ketemu, dia mengintai dan melihat bayangan pada cermin tersebut bukan lah Omar tetapi sebatang tubuh yang sungguh ngeri wajahnya. Mata nya kelihatan tersebul dan pipinya kelihatan berlubang. Tubuh makhluk itu dibaluti oleh kain putih yang berwarna coklat seperti warna tanah

Tiba -tiba Salleh melihat mahkluk itu seperti memandang kearahnya. Bulu romanya meremang . Tanpa membuang masa Salleh terus melarikan diri. Sampai saja dirumah beliau terus menemui bapanya dan menceritakan kepada bapanya. Bapanya sekadar tersenyum seraya memberitahu dia sudah lama mengetahui perihal Omar. Bapanya mengatakan bahawa Omar menggunakan hantu peliharaanya untuk merasuk orang dan apabila orang tersebut sakit beliau akan datang dan mengubati orang tersebut. Dengan cara ini beliau akan lebih mendapat duit dan orang kampung akan menghormatinya Bapanya berkata dia hanya menunggu masa untuk membuktikan pada orang kampung.

Pada malam tersebut Salleh berasa seperti tidak sedap badan, tubuhya seperti merasa lemah. Mungkin kerana terkejutkan peristiwa yang dilihatnya tadi membuatkan dia rasa bergitu kata hatinya. Selepas makan Salleh terus masuk tidur . Apabila dia
cuba hendak melelapkan mata dia terbau seperti bau bangkai di dalam biliknya. Dia cuba membuka matanya tetapi berasa amat berat sekali . Salleh pun cuba bertempik untuk memanggil bapanya tapi suara tersekat dikerongkong sahaja. Dia cuba membaca ayat suci yang diingatinya .

Akhirnya beliau dapat berteriak memanggil bapanya .Kemudian beliau pengsan. Apabila dia membuka matanya dia dapati rumahnya penuh dengan orang dan mendengar orang menyebut nama Omar Dia melihat bapanya menghampiri nya sambil terseyum dan berkata sabar segalanya telah berakhir . Dia kembali terlelap.

Pagi besok nya apabila dia sedar dia melihat bapanya berjalan diiringi ibunya dengan pakaian seperti orang ingin ke masjid . Dia menanya bapanya apa yang berlaku. Bapanya menjawap nanti dia akan ceritakan sebelum itu kita pergi menziarahi kubur Omar.

Salleh terkejut mendengarnya dan penuh dengan persoalan bermain dibenaknya sambil mengorak langkah kebilik mandi .Setelah segalanya selesai dia pun mengikuti bapanya. Sesampai ditanah perkuburan dia melihat orang sedang menggali kubur

Tiba – tiba dia tedengar orang didalam lubang bertempik …. apa ni !!! Salleh berlari untuk melihat tetapi dihalang oleh
bapanya dia cuma melihat dari jarak kaki dari kubur tersebut. Dia melihat orang – orang dewasa seperti mengangkat sesuatu .

Melihat dari memek muka mereka benda yang kelihatan seperti UBI yang sangat besar…


jadi sesiapa yang ingin membeli UBI tersebut boleh lah menghubungi saya di:-
talian bebas tol : 603-5111055-238
Kerepek Ubi Pedas – RM 2.00 sebungkus
Kerepek Ubi Masin – RM 2.30 sebungkus
Kerepek Ubi – RM 1.50 sebungkus
Kerepek Ubi Mentah – RM 0.50 sebungkus
Penghantaran akan dibuat kepada kawasan di Lembah
Kelang sahaja. Cukai perkhidmatan sebanyak 2% akan
dikenakan. UBI…… UBI… SAPER NAK BELI
UBIIIII…..



p/s: hehehe kekeke.. sapa kena… jangan marah… aku pun kena jugak.. sape marah cepat tua……..:p


#thanx suppoter (peace no war)

Monday 2 January 2012

Waktu diharamkan sembahyang ialah.... ..



1. Waktu syuruk iaitu 28mins selepas subuh ketika
matahari baru naik ke langit. ie subuh from
5.35am to 7.05am. 7.05am + 28mins = 7.33am

Therefore from 7.05am to 7.33am ialah waktu
syuruk. Waktu ini adalah haram utk melakukan
sebarang solat kerana tanduk syaitan berada
di antara matahari.

Rasulullah mengharamkan solat waktu ini juga
kerana ia menyamai org yang menyembah matahari.
Jika kita terbangun dari tidur pada pukul
7.00pg dan ingin mengqadakan sembahyang subuh,
kita harus melepasi waktu syuruk itu.

2. Waktu zawal/Istiwa/rembah iaitu matahari berada
tegak diatas kepala iaitu apabila kita berdiri
tidak kelihatan bayangan kecuali dibawah kaki kita.
Waktu inilah api neraka sedang bergeledak dan
syaitan berkeliaran. Waktu ini panjangnya dalam
5-10mins sebelum waktu zohor.

Waktu fadilat/afdal untuk solat ialah sepertiga
waktu selepas azan ie 20 mins selepas azan.
Pahala yang besar diberikan pada orang-orang yang
menghormati dan tidak melengahkan waktu solat.
Kecuali Isyak, afdalnya ialah sepertiga malam
ie sesudah azan hingga 10.30mlm.

Wallahualam. Sudahkah anda menunaikan SOLAT ? Dari
Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w.
bersabda, "Sampaikanlah pesanku biarpun satu
ayat..."

"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat....

#thanx supporter

sumber:mymasjid.net

Kebaikan Rokok Yang Mesti Kita Ambil Tahu


Pada kotak rokok (kecuali rokok seludup) akan ada tertera perkataan “Amaran Kerajaan Malaysia, merokok merbahayakan kesihatan” , gambar-gambar ngeriss seperti kaki, janin, mulut dan sebagainya. Perokok pasif iaitu orang yang tidak menghisap rokok tetapi menghidu bau asap rokok dari rakan, suami dan sebagainya juga terdedah kepada penyakit kanser, apa lagi yang menghisap rokok. Pendek kata,merokok adalah merbahaya kepada kesihatan.

Tetapi ada penyelidikan yang mutakhir mengatakan yang sebaliknya pula. Menghisap rokok digalakkan pula kerana menghisap rokok dikatakan menghisap rokok ada kebaikannya tersendiri. malah menurut kajian statistiknya ada hubungan positif antara menghisap rokok dan kehidupan kita.

Dalam penerbitan jurnal terkini beliau, Ajoi mengatakan bahawa ada 3 kebaikan menghisap rokok:


1. Awet Muda; semakin banyak menghisap rokok semakin awet muda

Oleh kerana merokok mengganggu kesihatan, ada yang yang mengatakan sebatang rokok dapat mengurangkan usia selama beberapa minit, maka dapat disimpulkan bahawa dengan menghisap rokok anda tidak akan menjadi tua. Mati muda bererti awet muda.


2. Anti Rabies;
Rabies adalah penyakit yang boleh membawa maut akibat gigitan binatang seperti gigitan anjing. Dengan menghisap rokok kita dengan mudah dapat menghindari gigitan anjing.

Caranya;

Lari saja, dalam masa 2 atau 3 minit, kita dah semput dan tidak sengaja akan membongkok. Anjing tadi menyangka anda akan mengambil batu. Seperti yang diketahui, anjing takut kena baling batu, kemudian dia pun lari tak cukup tanah…

So…selamatlah kita dari rabies.


3. Anti Rompakan

Pencuri biasanya akan datang pada tengah malam atau awal pagi semasa kita dibuai mimpi. Ok, semasa pencuri datang di tengah malam.

Tetiba

Kita ter UHUK… UHUK batuk dan batuk. Pencuri tadi mesti menyangka kita belum tidur.

So, batuk kita menyelamatkan kita dari rompakan… hehe



p/s: korang yang hisap rokok setuju tak?? ekeke


#thanx supporter

SUMBER:nizarazu.com

Pantun malas sembayang



Untuk diriku dan kawan-kawanku yang tersayang…

Apasal la aku malas sembahyang,
Tuhan kasi aku jasad siap dengan bayang-bayang,
Bukan ke lebih beruntung daripada tiang,
Berdiri tanpa roh malam siang…

Apasal la aku malas sembahyang,
Kerja dah best keluarga pun dah senang,
negara pun dah aman tidak lagi hidup berdagang,
takkan lima minit lima waktu aku tak boleh luang..

Apasal la aku malas sembahyang,
Tuhan kasi otak supaya aku tak bangang,
Tuhan kasi ilmu boleh fikir susah senang,
Tuhan kasi nikmat kenapa aku tak kenang…

Apasal la aku malas sembahyang,
Main bola aku sanggup sampai petang,
Beli tiket konsert aku sanggup beratur panjang,
Apa la aku ingat masuk syurga boleh hutang…?

Apasal la aku malas sembahyang,
Aku kena ingat umur kita bukannya panjang,
Pagi kita sihat petang boleh kejang,
Nanti dalam kubur kena balun sorang-sorang….

Apasal la aku malas sembahyang,
siksa neraka cuba la aku bayang,
Perjalanan akhirat memang terlalu panjang,
Janji Allah Taala akan tertunai tak siapa boleh halang!!!

#thanx supporter

Sunday 1 January 2012

Tips hadapi hantu



haa..nak taw tips-tips nak hadapi hantu kalau terserempak? bace entri ni..ekeke

Pocong
Hantu yang berbungkus macam lepat pisang baru masak ni memang mudah cari kelemahannya. Kita hanya perlu bukak tali pengikat di atas kepalanya dan tarik kain balutannya. Sudah tentu dia akan berasa malu rana dia tidak pakai apa apa pun, selain kain kapan pembungkusnya tu.

Langsuir
Dia ni suka pandang muka kita, jadi beranikan diri anda tenung balik muka dia sambil jelir-jelir lidah. Kalau tak pun tunjuk cermin muka kat dia, pasti dia tersipu-sipu malu.

Pontianak
Hantu yang suka ketawa. Kalau terserempak dengan dia, kita pun mestilah ketawa sama. Kalau boleh kita cuba mengilai lebih kuat dari dia, tentu dia boring.

Hantu Raya
Hantu ni suka beraya dan suka menyamar jadi tuan dia. Cara mengalahkannya senang saja, sambutlah hari raya tiap kali jumpa dia, bagi duit raya, ajak main meriam buluh, suruh kacau dodol atau jaga lemang. Tentu dia tak kacau kita sebab banyak kerja dan aktiviti lain dia nak buat.

Hantu Galah
Hantu ni la yang paling tinggi di muka bumi. Kalau terjumpa dia, kita hendaklah meniarap. Pasti dia tak perasan kita ada disitu.

Jerangkung
Dia ni ada kulit tapi nipis. Tinggal rangka saja, dan paling mudah untuk menewaskannya. Kita hanya perlu tunjal dahinya dengan telunjuk dan lihat gerak-gerinya mengimbangi badan untuk berdiri tegak.

Toyol
Lagi senang kalau nak kalahkan dia, bagi duit satu sen berguni-guni. .nanti dia ingat duit emas, lepas tu dia pikul bawak balik bagi tuannya… lepas tu sah-sah lah dapat penampau Jepun dari tuannya kerana mana nak tukar duit satu sen banyak2 tu

P/s : sekadar gurau gurauan..ekekke

mereka juga mahkluk allah sama dengan kita, so usahlah kita takut kepada mereka
#thanx Supporter 

Ciri – Ciri Seseorang Itu Gila Komputer



Sedar atau tidak sebenarnya anda sama sahaja? Jom kita tengok sikit-sikit sifat seorang yang dikatakan ‘gila komputer’ ini..

1. Jika anda merupakan seorang blogger, maka perkara pertama yang anda fikirkan sebaik saja bangun dari tidur ialah ‘Entri apa aku nak update hari ni?’

2. Mungkin ketika ini ada seseorang sedang bercakap dengan anda, tetapi mata anda sentiasa memandang ke arah skrin komputer dan bukan menghala ke muka beliau.

3. Disebabkan terlalu obses dengan komputer, mimpi anda pun berkaitan dengan komputer juga!

4. Sehari tak buka komputer dan tidak dapat melihat pelayar web, anda rasa dunia seperti menindas jiwa raga anda.

5. Setiap hari pasti anda memperolehi ilmu baru kerana anda pasti membuka pelayar web untuk memasuki dunia internet anda, menuju ke Google dan taip, ‘What is bla bla bla’ atau ‘How to bla bla bla’.

6. Sanggup bertekak dengan kawan-kawan tentang pendapat anda mengenai dunia IT.

7. Masuk ke setiap blog dan forum yang berkaitan komputer/internet.

8. Sehari tak makan dan minum tak mengapa, tapi jangan tak buka internet. Gelap dunia terasa.

9. Ketagih dengan tabiat muat turun sehingga penuh cakera keras dengan video dan lagu-lagu. Padahal dalam 100 video tu, mungkin ada satu atau dua sahaja yang betul-betul habis tonton. Yang lain buat pekasam.

10. Makan komputer, minum komputer, main komputer, tidur komputer, mandi pun komputer! Teruk dah ni!

Anda ada tanda-tanda seorang ‘geek’ seperti di atas?